Saturday, 22 December 2012

resepi nasi arab

Assalamualaikum


   Hari Jumaat lepas, keluaraga Ayyad ade buat nasi arab, ni first time mak buat . So, nak share jagal la ngan sahabat semua resepinya. Rumit jgak la nak buat nasi Arab ni. Tak tahu la macam mane peniaga-peniaga nasi arab ni mengedali masakan yg cukup rumit ni..Resepi ade disediakan di bawah..(resepi ini untuk hidangan 6 0rang)

Bahan-bahan 
  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • separuh biji bawang besar dimayang
  • separuh cawan sos tomato
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 cube pati ayam
  • separuh sudu jintan manis
  • separuh sudu besar lada hitam
  • separuh sudu kecil jintan putih
  • 3 cawan beras basmathi
  • 5 cawan air

    cara membuat

  1. Panaskan periuk.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk kasar. Masukkan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga , bunga lawang, kulit kayu manis, cube ayam , rempah kurma, air dan bahan yg ditumbuk ke dalam periuk.Masukkan garam dan gula . Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
  3. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu, toskan beras.
  4. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam.Bahan-bahan rempah kasar dan bawang yg terdapat dlm sup tadi dikisar secare halus. Masukkan 1 cawan sup bg menggantikan air untuk mengisar.
  5. (UNTUK NASI)Panaskan minyak sapi didalam kuali. Masukkan & masak sehingga layu. Kemudian, masukkan bahan yg dikisar td. Tumis sebentar dan masukkan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam & gula. Apabila hampir mendidih, tutupkan api.
  6. Masukkan beras ke dalam periuk. nasi dan diselang-selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.5) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. abaoleh tabur dgn sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Nasi ini sedap dimakan dgn acar timun..
      

    ~~SILAKAN MENCUBA.~~

    dalam talam besar,,

    acar timun

6 comments:

  1. best ngatt...ingtkn kn kau yg masak..cehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii... in sya Allah.. mase akn dtg ..saye plak yg masak..ye, ncik are_zeem,,

      Delete
  2. okey chef.....nanti bukak restoran kasi tau lahh ke aq ehh..hahahha

    ReplyDelete
  3. terbukak plak post ni waktu lapo macam ni...adehhhh...alahai nasi arab..

    ReplyDelete