Monday, 10 December 2012

BERHIKMAH DALAM TEGURAN



                    
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian ,


Aisyah r.a meriwayatkan :”Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang keji dan Baginda tidak pernah berbuat keji .  Baginda tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan. Baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada.”
                                                                                                                (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud dan Ahmad)

Kali ni nak share 1 story yg men'story'kan tntg sahabat or friendship.It's between Nadia and Hajar.  Dalam sebuah hubungan persahabatan, semestinya ada dugaannya.Dugaan yg paling berat adalah sifat sahabat yg membuatkan kite rimas. Salah seorang rakan Hajar, iaitu Nadia sentiasa mempunyai sikap SOKSIH. Apakah itu sikap SOKSIH?Pantang ada suatu yang tidak kena pada matanya, mesti mulut akan mengeluarkan bunyi tidak puas hati. Hmm ,, memandangkan Hajar dah lama menjadi sahabatnya, Hajar berfikir untuk membantunya mengubah sikap sahabatnya itu. Hajar tidak boleh mengubah sikap sahabatnya itu,melainkan Nadia berusaha mengubahnya sendiri kerana dalam Allah SWT telah berfirman
“Aku tidak akan mengubah nasib kaum itu melainkan kaum itu akan mengubahnya sendiri”

Hajar telah berfikir sejenak," Apa yang akan saya lakukan untuk membantunya?mmm....  jika saya menyerbunya, dan memberitahunya sikapnya yang saya tidak senangi itu, barangkali dia akan membenci,berdendam dan mulai menjauhi saya". Maka, Hajar berfikir untuk menasihatinya ,tapi  bukan melalui face-to-face. Bahkan , melalui surat layang. Mungkin cara itu tidak kelihatan matang dan sedikit pengecut,namun dia mempunyai sebab  tertentu. Kaedah ini akan lebih menyentuh tangkai hati sahabatnya yang lembut itu. Dalam surat itu Hajar nyatakan perasaannya yang ingin membantu sebagai seorang sahabat juga beberapa dalil.

Selepas beberapa hari, Nadia datang kepada Hajar dan mengucapkan terima kasih sambil menangis. Bagi memujuknya, Hajar berkata”Menangislah sahabatku. Sang Pencipta sedang melihat tangisanmu tika ini.”Nadia memeluk sahabatnya yg prihatin itu erat-erat. Sedikit demi sedikit dia mulai berubah. Cara dia melihat keadaan , sikap, pemikiran dan persepsi dia mulai berubah. Walaupun sedikit, dia tetap berubah.  Setinggi-tinggi rasa syukur dilafazkan kepada Allahu Rabbi.

Then,belajarlah untuk menegur seseorang secara berhikmah dan bijaksana dan bukannya secara mengaibkannya di hadapan khalayak ramai,,,,MAASSALAAMAH..

No comments:

Post a Comment