Wednesday 24 July 2013

RAMADHAN KARIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah subnahu waTaala kerana masih diberi peluang untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan ini.Sedar tak sedar, langkah kita kian menghampiri malam- malam terakhir di bulan Ramadhan al-Mubarak, iaitu bulan di mana Allah melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hambaNya . Jika tahun lalu kita ralat kerna tidak dapat melakukan yang terbaik, kita perbaiki untuk Ramadhan kali ini.

Setiap apa yang Allah perintahkan kepada kita sepastinya ada hikmah dan kebaikan sebaliknya. Begitu juga puasa. Puasa sebenarnya mendatangkan banyak manfaat kepada kesihatan 

Firstly,puasa membersihkan hati.Dengan berpuasa, kita akan menginsafi keadaan saudara seagama kita yang terpaksa berpuasa kerana tidak mempunyai makanan. Justeru, puasa mengajar kita supaya bersabar, mengambil nilai-nilai positif dan membersihkan hati untuk lebih takwa kepadaNya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat"Hadith Riwayat Al-Bazzar

Second, puasa ubat kepada penyakit perut. Banyak kajian mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Antara empat manfaat yang dinyatakan dari sudut kesihatan iaitu menurunkan kandungan gula dalam darah(BLOOD GLUCOSE LEVEL), tekanan darah, lipid darah dan berat badan. Kepada anda semua yang mempunyai masalah berat badan atau obesiti, usahlah berdiet, tetapi banyakkan berpuasa.Okay??

Last but not least,puasa juga menajamkan minda . Puasa bukan saja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit, bahkan dapat menajamkan minda. Dalam ilmu biologi, ketika usus dan perut sedang melakukan proses pencernaan , otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini keran tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang , otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat berfungsi dengan lancar dan fikiran pun akan tenang.

GOT IT?
~SEMOGA RAMADHAN KITA KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN LEPAS~

AMIIN~~

Monday 3 June 2013

2 telinga 1 mulut









Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Readers sekalian,
sebenarnya rasa kekok untuk menaip, well, lama  tak update.:)

Okayy, entry kali ini bukan nak kongsi tips mengecam bunyi atau suara. Tapi, entry ini pendengaran yang menenteramkan roh kita.

"Kekasih yang baik ialah pendengar yang baik. Justeru, untuk dikasihi, jadilah pendengar. Jangan biarkan mulut membuatkan telinga menjadi tuli. Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain."
                                                                            
                                                                                              -kata-kata Ust Pahrol Mhamad Juoi-

 Mengikut kajian pakar psikologi, jiwa manusia memerlukan orang lain mendengar cakapnya sama seperti jasadnya memerlukan makanan. Sebenarnya, apabila kita bercakap, kita sebenarnya menarik perhatian orang lain kepada kita. Orang yang mendengar sebenarnya lebih disenangi , manakala jika kita selalu menarik perhatian(bercakap) , lama kelamaan orang akan bosan , kan??

Tak bermaksud kita hendaklah menjadi seseorang yang senyap dan asyik mendengar percakapan orang lain, tetapi saya bermaksud, kurangkan percakapan, banyakkan mendengar. Islam mengajar kita lebih banyak memberi daripada mendengar. Dengan mendengar, kita sebenarnya sedang memberi. Cuba kita fikirkan kita diberikan oleh Allah dua telinga dan satu mulut.Ya, secara mudah boleh dikatakan sebagai manusia kita sepatutnya lebih banyak mendengar daripada bercakap.:)

Kalau kita ingin bercakap sesuatu yang baik, misalnya majlis ilmu atau maklumat yang penting(sebagai seorang amir, kita selalu mempunyai informasi yang perlu disampaikan kepada anak buah), maka ketika itu lebih baik bercakap daripada berdiam diri. Sebaliknya, jika tiada apa-apa yang ingin disampaikan , berdiam dirilah.Jadilah pendengar. Itu pun dengar yang baik - baik sahaja!

p/s: dengan banyak mendengar , kuranglah kesilapan kerana kita lebih berhati-hati dan banyak berfikir.     Sebaliknya, jika banyak bercakap , kita akan terdedah untuk melakukan  kesalahan ! :)


                                   

Monday 11 February 2013

SETIAP UJIAN ADA HIKMAHNYA

ASSALAMUALAIKUM,,


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.