Friday 28 December 2012

angkare sandal

ASSALAMUALAIKUM readers sume..

 *eh, kasut kembo ..hehhe


 *jam ICE WATCH 

 *masa itu emas

Okehh.. Hari merupakan hari yg menyebeliin bangat*cam ayt diari cerite indonesia je*
So, readers dah nampak pic tuhh sume kan? Pg tadi, decide ngan jiran nak pergi bandar. Hajatnye nak beli sandal. Nak tunggu sume kedai kasut bukak, lambat sgt la,kan...So,kiteorg round2 kat pasar dlu sementare tunggu. Tunggu punye tunggu----> pergi lha shopping kat XIRI ENTERPRISE .. celik celuk mate, sandal2 kat ctu x dpat menambat hati AyyAD. 

then, kiteorg putuskan untok balek je. Kerane? pade ptg nye, ade pasar minggu kat TAMAN SHAHBANDAR. Ade beberape hari je lagi untok keberangkatan ke sekolah.So. pembelian sandal tak dpat ditangguhkan. AyyAD cube tgok sandal lawa2 n comel2 kat c2..but, it went to the same luck with before.Sedikit pon x berkenen kat sandal c2! huahuaha..

Kiteorg luaskan pandangan--> ternampak bangunan ASTAKA kat sebelah. Terus kaki menuju laju ke cne. Main point kat ASTAKA, nak beli kasut1 pergi lha kat tingkat 3.Nmpak jam yg lawa la plak, beli le jgak. Fullamak.. ade satu kasut ni, betol2 tackle hati AyyAD. Ape lg, terus ambek dan try jd model jap ngan kasut tuhh. Okeh, ia menepati selera dan padan molep je ngan kaki. Pergi kat kaunter --> tunjuk kasut kat cashier--> ckp kat dye sambil tayang muke cute"nak,kasut nih"--> Bayar!

Part dugaan telah datang! disebabkan kami terpesona melihat ciptaan Allah(laut ) ketika memakan aiskrim yg begitu enak*matahari pon terik je..know what??!! AyyAD n kengkawan neighbourhood tertinggal bas untok pulang ke rumah terchenta! hua!! AyyAD gelabah tak tentu pasal. Kenape tak gelabah nye.. bas yg seterusnye pd jam 7 mlm. 7 mlm--> gelap--> anok dare dduk luar rumah..

Jadi, untok menunggu bas yg seterusnye dtg amatlah mustahil. Kiteorg yg x sayang lemak nihh ambek decision untok jalan kaki pulang ke rumah. Dari stesen bas kt--> jalan kaki--> smpai rumah--> pkul bape tu ye?--> sabor je lah...Kire2 pkol 7.15, ade bas lalu, padahal cket lg nak smpai rumah..Tahan lah bas tuh.. lam 5 mnit berade lam bas,,sampai lha kat rumah,,*syukur je lah ade bas, kalo x, patah tulang nak smpai rumah..duk lam bas, handphone bunyik--> my mother tepon--> angkat-->ckp dah nak sampai...#SORRY BUAT MA RISAU..

Pkol 7.30, sampai kat rumah, ingatkan kene tadah telinge untok bebelan ,,, rupe-rupenye,,tak langsong! My lovely mother ketawekan AyyAD plak! mak ai! kite bkan maen kecot perot takot kne marah! Naseb baek n Alhamdulillah, my mother x marah..
  
begitulah cerite nye..
p/s: khulasohnye, please.. 
tepati mase, redha dgn ape yg terjadi,n byak lg lah..
THANKS TO MY NEIGHBOUR WHOM SACRIFICE TIME FOR ACCOMPANYING ME..:)


SETiAP PERKARE YG TERJADIK ADE HIKMAHNYE..




Saturday 22 December 2012

resepi nasi arab

Assalamualaikum


   Hari Jumaat lepas, keluaraga Ayyad ade buat nasi arab, ni first time mak buat . So, nak share jagal la ngan sahabat semua resepinya. Rumit jgak la nak buat nasi Arab ni. Tak tahu la macam mane peniaga-peniaga nasi arab ni mengedali masakan yg cukup rumit ni..Resepi ade disediakan di bawah..(resepi ini untuk hidangan 6 0rang)

Bahan-bahan 
  • 6 ketul ayam
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • separuh biji bawang besar dimayang
  • separuh cawan sos tomato
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 cube pati ayam
  • separuh sudu jintan manis
  • separuh sudu besar lada hitam
  • separuh sudu kecil jintan putih
  • 3 cawan beras basmathi
  • 5 cawan air

    cara membuat

  1. Panaskan periuk.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk kasar. Masukkan ayam, jintan manis, jintan putih, buah pelaga , bunga lawang, kulit kayu manis, cube ayam , rempah kurma, air dan bahan yg ditumbuk ke dalam periuk.Masukkan garam dan gula . Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
  3. Beras basmathi dibasuh dan direndam selama 20 minit. Selepas itu, toskan beras.
  4. Apabila sup ayam telah siap, asingkan sup dan ayam.Bahan-bahan rempah kasar dan bawang yg terdapat dlm sup tadi dikisar secare halus. Masukkan 1 cawan sup bg menggantikan air untuk mengisar.
  5. (UNTUK NASI)Panaskan minyak sapi didalam kuali. Masukkan & masak sehingga layu. Kemudian, masukkan bahan yg dikisar td. Tumis sebentar dan masukkan 3 cawan sup dan tomato sos. Masukkan sedikit garam & gula. Apabila hampir mendidih, tutupkan api.
  6. Masukkan beras ke dalam periuk. nasi dan diselang-selikan dgn ayam. Kemudian masukkan (no.5) tadi. Tunggu sehingga nasi masak. abaoleh tabur dgn sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang. Nasi ini sedap dimakan dgn acar timun..
      

    ~~SILAKAN MENCUBA.~~

    dalam talam besar,,

    acar timun

Friday 21 December 2012

sekolah! i'm coming!

Assalamualaikum..




Nampak tajuk kat atas tu? hmm,,beberape hari lepas, tetibe, posmen berenti kat depan rumah, jenguk kat tingkap , posmen bg surat lah..tengok2, surat untuk Ayani Amanina Bt Daud lah... adek2 saye yg lincah terus pass surat tu kat sye..then, bukak n tengok---> seperti yg dalam gambar..

 Dalam beberape hari lagi, jasad dah nak kene pergi sekolah*eh,roh kau tertinggal kat rumah ke?*

                       mmm,, terase baru je cuti..sekejap je kan mase berlalu..

            kayh, tahun depan dah jadi SPM candidate.Berdebar rasenye.

I'll struggle for SPM!Let's Do The best with The Rest! Kengkawan_Diamond Knight,jom usahe bersame!
                                             Jangan Pernah Berputus Ase!

#Ya Allah, berikanlah kejayaan kepadaku dan kawan-kawan seperjuanganku.Berikanlah keputusan yang terbaik,yang mampu membuat ibu bapa kami tersenyum.Tabahkanlah hati kami dalam mengaharungi perjuangan menuju kejayaan ,Ya Allah.


Thursday 13 December 2012

AuratunNisa'


    
Assalamualaikum para pembaca yang bahagia sekalian,,

Merujuk kepada perkara yang diatas, iaitu tajuk perbincangan kita pada hari ini adalah AURAT WANITA.. Saat kaki melangkah ke pusat kota, mata dapat melihat banyak aurat wanita yang tidak mempunyai kain yang cukup untuk menutup auratnya. Hati berasa pilu dan sedih dengan keadaan umat Islam pada hari ini. Bagaimana agaknya jika Rasulullah berada bersama kita pada hari ini? Bagaimana mungkin Baginda akan bahagia dengan suasana begitu rupa. Tidak dikira masalah sosial akibat kejatuhan akhlak remaja. Aduh,, kepala pening memikirkannya. Tanpa berbasa-basi, saya ingin berkongsi tentang aurat wanita kepada  muslimah sekalian. Apakah itu aurat? Aurat adalah anggota badan yang tidak boleh dilihat kepada ajnabi. Dimanakah aurat wanita? Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan.

13 AURAT WANITA

Bulu kening
~Menurut Bukhari , Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Dawud Fi Fathil Bari.

 Kaki
~Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengankatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan: menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yg memakai gelang loceng ..sama juga dgn pelacur di zaman jahiliyah....NAUZUBILLAHIMIN ZHALIK...

 Wangian
~Siapa sahaja wanita yg memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu agar mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah melakukan zina & tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yg berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban.

   Dada
~Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Pakaian
~Barangsiapa memakai pakaian yg berlebih-lebihan terutama yg menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti-Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad , Abu Dawud, An Nasaii & Ibn Majah.
~Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59 yg bermaksud: Hai Nabi-Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin , hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu, mereka itu diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
~Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yg berpakaian tetapi telanjang yg condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: wanita yg memakai pakaian yg tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu dianggap berpakaian tetapi telanjang....

 Rambut
~Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah nereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.

 Mulut(suara)
~Petikan drpd Surah Al Ahzab ayt 32:Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dlm berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yg baik
~Sabda SAW , Sesungguhnya akn ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dgn yg lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian(muzik) & penyanyi perempuan, maka Allah akn tenggelamkan mereka itu dlm bumi-Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

         Mata
~Petikan dari Surah An Nur ayt 31:Dan katakanlah kpd perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dr pemandangannya.
~Sabda Nabi Muhammad SAW, Jangan sampai pandangan yg satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yg pertama sahaja manakala pandangan yg seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram-Petikan dr Hadis Riwayat Ahmad ,Abu Daud & Tarmizi.

Sifat Kemaluan
~Petikan dr Surah An Nur ayt 31:Dan katakanlah kpd perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
~Sabda Nabi SAW,Apabila seseorang perempuan itu solat 5 waktu , puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dlm Syurga drpd pintu-pintu yg ia kehendakinya-Hadis Riwayat Al Bazzar.
    
         Muka dan Leher
~Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yg dahulu. Keterangan:Bersolek(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher spt orang jahiliah.
1            
       Muka dan Tangan
~Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis. Sabda Rasulullah:Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tgn dan wajah sahaja-Petikan dr Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

1       Gigi
~Rasulullah melaknat perempuan yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya-Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani
~Dilaknat perempuan yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yg mengubah ciptaan Allah-Petikan dr Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
1   
             Tangan
~Sesungguhnya kepala yg ditusuk dgn besi itu lebih baik drpd menyentuh kaum yg bukan sejenis yg tidak halal baginya-Petikan dr Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi..

#WANITA ITU PERHIASAN DUNIA. JOM TUTUP AURAT DAN JADI MUSLIMAH YG CANTIK FOR THE REAL!!

Monday 10 December 2012

HAYYA ALAASSOLAH

                                   

Assalamualaikum para pembaca sekalian,,

15 SEKSAAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddaththir ayat 42-43 maksudnya;
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar ? Orang-orang yang berdosa itu menjawab,’Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat’”

6 seksaan diterima di dunia
•             Usianya tiada keberkatan.
•             Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
•             Tiada pahala setiap amalan yang dilakukan.
•             Doanya tidak dimakbulkan.
•             Semua makhluk di dunia membencinya
•             Tidak menerima bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.

3 seksaan ketika saat tercabut nyawa
•             Matinya dalam kehinaan. Nyawanya akan disentap dengan rakus oleh Malaikat Maut.
•             Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar.
•             Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga sehingga dituangkan semua air lautan masih belum dapat menghilangkan dahaganya.

3 seksaan ketika berada dalam kubur
•             Kuburnya disempitkan sehingga rapat tulang rusuknya.
•             Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
•             Ular yang bernama Sujaul  Aqra’ akan menyeksa si mayat sehingga kiamat. (Dirawayatkan sekiranya ular ini menjalar di muka bumi maka tiada satu tanaman yang boleh tumbuh)

3 seksaan di Hari Kiamat
•             Malaikat akan menyeretnya dengan rantai belenggu dalam keadaan hina.
•             Mendapat kemurkaan Allah SWT.
•             Akan dihisab dengan berat dan dihumban ke Neraka.

Jadi, para pembaca yang dikasihi Allah sekalian , kita telah melihat betapa seksanya meninggalkan suruhan Allah SWT iaitu solat. Marilah kita sama – sama berusaha untuk menunaikan solat malah tepat pada waktunya. Jika baik solat kita, maka baiklah sikap kita. Solat bagaikan cermin keimanan kita sebagai umat Islam.--HAYYA ALASSOLAH(Marilah menunaikan solat)....
                                     

BERHIKMAH DALAM TEGURAN



                    
Assalamualaikum kepada pembaca sekalian ,


Aisyah r.a meriwayatkan :”Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang keji dan Baginda tidak pernah berbuat keji .  Baginda tidak pernah berteriak-teriak di pasar. Baginda tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan. Baginda selalu memaafkan dan bersikap lapang dada.”
                                                                                                                (Riwayat Tirmizi,Abu Dawud dan Ahmad)

Kali ni nak share 1 story yg men'story'kan tntg sahabat or friendship.It's between Nadia and Hajar.  Dalam sebuah hubungan persahabatan, semestinya ada dugaannya.Dugaan yg paling berat adalah sifat sahabat yg membuatkan kite rimas. Salah seorang rakan Hajar, iaitu Nadia sentiasa mempunyai sikap SOKSIH. Apakah itu sikap SOKSIH?Pantang ada suatu yang tidak kena pada matanya, mesti mulut akan mengeluarkan bunyi tidak puas hati. Hmm ,, memandangkan Hajar dah lama menjadi sahabatnya, Hajar berfikir untuk membantunya mengubah sikap sahabatnya itu. Hajar tidak boleh mengubah sikap sahabatnya itu,melainkan Nadia berusaha mengubahnya sendiri kerana dalam Allah SWT telah berfirman
“Aku tidak akan mengubah nasib kaum itu melainkan kaum itu akan mengubahnya sendiri”

Hajar telah berfikir sejenak," Apa yang akan saya lakukan untuk membantunya?mmm....  jika saya menyerbunya, dan memberitahunya sikapnya yang saya tidak senangi itu, barangkali dia akan membenci,berdendam dan mulai menjauhi saya". Maka, Hajar berfikir untuk menasihatinya ,tapi  bukan melalui face-to-face. Bahkan , melalui surat layang. Mungkin cara itu tidak kelihatan matang dan sedikit pengecut,namun dia mempunyai sebab  tertentu. Kaedah ini akan lebih menyentuh tangkai hati sahabatnya yang lembut itu. Dalam surat itu Hajar nyatakan perasaannya yang ingin membantu sebagai seorang sahabat juga beberapa dalil.

Selepas beberapa hari, Nadia datang kepada Hajar dan mengucapkan terima kasih sambil menangis. Bagi memujuknya, Hajar berkata”Menangislah sahabatku. Sang Pencipta sedang melihat tangisanmu tika ini.”Nadia memeluk sahabatnya yg prihatin itu erat-erat. Sedikit demi sedikit dia mulai berubah. Cara dia melihat keadaan , sikap, pemikiran dan persepsi dia mulai berubah. Walaupun sedikit, dia tetap berubah.  Setinggi-tinggi rasa syukur dilafazkan kepada Allahu Rabbi.

Then,belajarlah untuk menegur seseorang secara berhikmah dan bijaksana dan bukannya secara mengaibkannya di hadapan khalayak ramai,,,,MAASSALAAMAH..

-/+ stress


Assalamualaikum kepada pembaca sekalian,

           
Pada  kali ini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang stress.Saya telah baca sebuah artikel yang bertajuk STRESS!!
Stress adalah sesuatu yang semua orang akan merasainya dari masa ke semasa.Majoriti daripada kita menganggap stress sebagai suatu perkara yang buruk,namun kita boleh gunakan sedikit stress sekarang dan kemudian.Contohnya,ia membuat kita melakukan tugas tepat pada masanya apabila kita perlukan tolakan,it gets us out of our chair,it makes us thinks about things differently,it makes us seek solutions to problems dan ia kadangkala membuat kita berasa sensitif dengan apa yang orang sekeliling mungkin fikir tentang kita dan tingkahlaku kita.
Semua orang pasti akan merasai stress pada sesuatu tahap dan tidak sepatutnya takut.Walaubagaimanapun, kita hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap stress yang terlalu kuat dan lasts too long. This is because it will become unhealthy and hard for us to control. So, although stress has its place in all our lives, we cannot have too much of it.
                Too much stress can be disabling.  It can make us feel very unhappy, as if we no longer are in control of our lives. It can immobilise us and lower our productivity level, and it can make us fail to perform successfully. However, it,s difficult to generalise about stress because a satisfactory level of stress for one person may be a disabling level for another.
                You are probably familiar with charts that can tell you the appropriate weight for you to  be healthy by just looking at your height and age. Unfortunately there is no such table for stress.

SO,STRESS MEMPUNYAI KESAN POSITIF DAN NEGATIF. BERSYUKURLAH JIKA  ANDA MEMPUNYAI STRESS KERANA IA DAPAT MENOLONG ANDA WALAUPUN SEDIKIT.