Monday 10 December 2012

HAYYA ALAASSOLAH

                                   

Assalamualaikum para pembaca sekalian,,

15 SEKSAAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddaththir ayat 42-43 maksudnya;
“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar ? Orang-orang yang berdosa itu menjawab,’Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat’”

6 seksaan diterima di dunia
•             Usianya tiada keberkatan.
•             Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
•             Tiada pahala setiap amalan yang dilakukan.
•             Doanya tidak dimakbulkan.
•             Semua makhluk di dunia membencinya
•             Tidak menerima bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.

3 seksaan ketika saat tercabut nyawa
•             Matinya dalam kehinaan. Nyawanya akan disentap dengan rakus oleh Malaikat Maut.
•             Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar.
•             Matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga sehingga dituangkan semua air lautan masih belum dapat menghilangkan dahaganya.

3 seksaan ketika berada dalam kubur
•             Kuburnya disempitkan sehingga rapat tulang rusuknya.
•             Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan.
•             Ular yang bernama Sujaul  Aqra’ akan menyeksa si mayat sehingga kiamat. (Dirawayatkan sekiranya ular ini menjalar di muka bumi maka tiada satu tanaman yang boleh tumbuh)

3 seksaan di Hari Kiamat
•             Malaikat akan menyeretnya dengan rantai belenggu dalam keadaan hina.
•             Mendapat kemurkaan Allah SWT.
•             Akan dihisab dengan berat dan dihumban ke Neraka.

Jadi, para pembaca yang dikasihi Allah sekalian , kita telah melihat betapa seksanya meninggalkan suruhan Allah SWT iaitu solat. Marilah kita sama – sama berusaha untuk menunaikan solat malah tepat pada waktunya. Jika baik solat kita, maka baiklah sikap kita. Solat bagaikan cermin keimanan kita sebagai umat Islam.--HAYYA ALASSOLAH(Marilah menunaikan solat)....
                                     

2 comments: