Monday 3 June 2013

2 telinga 1 mulut









Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum

Readers sekalian,
sebenarnya rasa kekok untuk menaip, well, lama  tak update.:)

Okayy, entry kali ini bukan nak kongsi tips mengecam bunyi atau suara. Tapi, entry ini pendengaran yang menenteramkan roh kita.

"Kekasih yang baik ialah pendengar yang baik. Justeru, untuk dikasihi, jadilah pendengar. Jangan biarkan mulut membuatkan telinga menjadi tuli. Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain."
                                                                            
                                                                                              -kata-kata Ust Pahrol Mhamad Juoi-

 Mengikut kajian pakar psikologi, jiwa manusia memerlukan orang lain mendengar cakapnya sama seperti jasadnya memerlukan makanan. Sebenarnya, apabila kita bercakap, kita sebenarnya menarik perhatian orang lain kepada kita. Orang yang mendengar sebenarnya lebih disenangi , manakala jika kita selalu menarik perhatian(bercakap) , lama kelamaan orang akan bosan , kan??

Tak bermaksud kita hendaklah menjadi seseorang yang senyap dan asyik mendengar percakapan orang lain, tetapi saya bermaksud, kurangkan percakapan, banyakkan mendengar. Islam mengajar kita lebih banyak memberi daripada mendengar. Dengan mendengar, kita sebenarnya sedang memberi. Cuba kita fikirkan kita diberikan oleh Allah dua telinga dan satu mulut.Ya, secara mudah boleh dikatakan sebagai manusia kita sepatutnya lebih banyak mendengar daripada bercakap.:)

Kalau kita ingin bercakap sesuatu yang baik, misalnya majlis ilmu atau maklumat yang penting(sebagai seorang amir, kita selalu mempunyai informasi yang perlu disampaikan kepada anak buah), maka ketika itu lebih baik bercakap daripada berdiam diri. Sebaliknya, jika tiada apa-apa yang ingin disampaikan , berdiam dirilah.Jadilah pendengar. Itu pun dengar yang baik - baik sahaja!

p/s: dengan banyak mendengar , kuranglah kesilapan kerana kita lebih berhati-hati dan banyak berfikir.     Sebaliknya, jika banyak bercakap , kita akan terdedah untuk melakukan  kesalahan ! :)