Thursday, 13 December 2012

AuratunNisa'


    
Assalamualaikum para pembaca yang bahagia sekalian,,

Merujuk kepada perkara yang diatas, iaitu tajuk perbincangan kita pada hari ini adalah AURAT WANITA.. Saat kaki melangkah ke pusat kota, mata dapat melihat banyak aurat wanita yang tidak mempunyai kain yang cukup untuk menutup auratnya. Hati berasa pilu dan sedih dengan keadaan umat Islam pada hari ini. Bagaimana agaknya jika Rasulullah berada bersama kita pada hari ini? Bagaimana mungkin Baginda akan bahagia dengan suasana begitu rupa. Tidak dikira masalah sosial akibat kejatuhan akhlak remaja. Aduh,, kepala pening memikirkannya. Tanpa berbasa-basi, saya ingin berkongsi tentang aurat wanita kepada  muslimah sekalian. Apakah itu aurat? Aurat adalah anggota badan yang tidak boleh dilihat kepada ajnabi. Dimanakah aurat wanita? Aurat wanita adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan telapak tangan.

13 AURAT WANITA

Bulu kening
~Menurut Bukhari , Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Dawud Fi Fathil Bari.

 Kaki
~Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengankatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan: menampakkan kaki dan menghayunkan / melenggokkkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yg memakai gelang loceng ..sama juga dgn pelacur di zaman jahiliyah....NAUZUBILLAHIMIN ZHALIK...

 Wangian
~Siapa sahaja wanita yg memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu agar mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah melakukan zina & tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yg berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban.

   Dada
~Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Pakaian
~Barangsiapa memakai pakaian yg berlebih-lebihan terutama yg menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti-Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad , Abu Dawud, An Nasaii & Ibn Majah.
~Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59 yg bermaksud: Hai Nabi-Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin , hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu, mereka itu diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
~Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yg berpakaian tetapi telanjang yg condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: wanita yg memakai pakaian yg tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu dianggap berpakaian tetapi telanjang....

 Rambut
~Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah nereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim.

 Mulut(suara)
~Petikan drpd Surah Al Ahzab ayt 32:Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dlm berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yg baik
~Sabda SAW , Sesungguhnya akn ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dgn yg lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian(muzik) & penyanyi perempuan, maka Allah akn tenggelamkan mereka itu dlm bumi-Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

         Mata
~Petikan dari Surah An Nur ayt 31:Dan katakanlah kpd perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dr pemandangannya.
~Sabda Nabi Muhammad SAW, Jangan sampai pandangan yg satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yg pertama sahaja manakala pandangan yg seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram-Petikan dr Hadis Riwayat Ahmad ,Abu Daud & Tarmizi.

Sifat Kemaluan
~Petikan dr Surah An Nur ayt 31:Dan katakanlah kpd perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
~Sabda Nabi SAW,Apabila seseorang perempuan itu solat 5 waktu , puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dlm Syurga drpd pintu-pintu yg ia kehendakinya-Hadis Riwayat Al Bazzar.
    
         Muka dan Leher
~Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yg dahulu. Keterangan:Bersolek(make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher spt orang jahiliah.
1            
       Muka dan Tangan
~Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dgn memakai pakaian yg tipis. Sabda Rasulullah:Wahai Asma!Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tgn dan wajah sahaja-Petikan dr Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

1       Gigi
~Rasulullah melaknat perempuan yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya-Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani
~Dilaknat perempuan yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yg mengubah ciptaan Allah-Petikan dr Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
1   
             Tangan
~Sesungguhnya kepala yg ditusuk dgn besi itu lebih baik drpd menyentuh kaum yg bukan sejenis yg tidak halal baginya-Petikan dr Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi..

#WANITA ITU PERHIASAN DUNIA. JOM TUTUP AURAT DAN JADI MUSLIMAH YG CANTIK FOR THE REAL!!

No comments:

Post a Comment